Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ketua Setiausaha Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran Kelantan

The Sun Berita

KOTA BHARU: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai 803 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Shamsul Azri dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia yang membawa gelaran Datuk.

Turut dianugerahkan darjah kebesaran sama ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Datuk Seri Zukri Samat dan Ketua Pegawai Eksekutif Asianmax Corporation Sdn Bhd Datuk Soo Sze Ching.

Secara keseluruhannya 50 individu dianugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Muhammad V dalam istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar turut menerima gelaran Datuk melalui anugerah Ahli Yang Kehormat Pertama bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Pengelola Istana D’Raja Kelantan Brig Jen Datuk Raja Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dianugerahkan Ahli Yang Pertama bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang.

Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Datuk Idham Abd Ghani pula dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi darjah kebesaran sama.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Ahli Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Sembilan individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan negeri Rohani Ibrahim dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Penerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia termasuk Pengerusi Heitech Padu Berhad Datuk Rizal Ashram Ramli dan Pengarah Urusan Magna Prima Berhad Seay Ley Hong.

Pangkat Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa dianugerahkan kepada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris dan empat pegawai tentera lain.

Sebanyak 17 individu menerima anugerah Ahli Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang termasuk Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Amran Mat Zain.

Hakim Mahkamah Tinggi 1 Kota Bharu Hasbullah Adam dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Dr Arham Abdullah antara penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi darjah kebesaran sama.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail dan Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hasan masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia.

Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.

Most Viewed

Harmony of Hope Christmas Concert 2025: Blessed to be a Blessing

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - This December, the students at Wesley Methodist School Penang (International) (WMSPI) will light up the stage with music that moves hearts and changes lives.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img