the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga menjelang Aidilfitri

PUTRAJAYA: Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengeluar ayam dan telur ayam menerusi Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur ayam adalah mencukupi.

KPDN juga telah mengadakan libat urus bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia serta pihak pengeluar yang diwakili FLFAM bagi memastikan isu bekalan dan harga ayam dan telur ayam dapat ditangani secara holistik, katanya.

“Pihak pengeluar juga telah menyatakan komitmen bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak kementerian bagi menangani sebarang isu gangguan bekalan ayam dan telur ayam di dalam negara dengan menyalurkan segera bekalan ke mana-mana lokaliti yang mengalami gangguan,“ katanya.

Menurut kenyataan KPDN itu, berdasarkan statistik penguatkuasaan berhubung pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam bagi tempoh 5 Feb 2022 hingga semalam, kementerian telah melakukan 183,047 pemeriksaan di seluruh negara dan menghasilkan 2,711 kes dengan nilai kompaun berjumlah RM482,400.

Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual melebihi harga kawalan, kegagalan mematuhi penandaan harga serta kesalahan lain, menurutnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings