the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT perlu kerjasama kerajaan negeri sediakan tanah untuk bina PPR

PUTATAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memerlukan kerjasama kerajaan negeri termasuk Sabah untuk menyediakan tanah yang sesuai sebagai lokasi membina projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata KPKT akan memberi keutamaan pelaksanaan pembinaan PPR, yang bakal dinaik taraf kepada Program Residensi Rakyat (PRR), untuk negeri yang menyediakan tanah bagi tujuan itu.

Beliau berkata ini bagi memastikan peruntukan yang disalur bagi projek itu digunakan sepenuhnya untuk membina rumah berkualiti tinggi tanpa perlu mengeluarkan kos membeli tanah.

“Dasar KPKT sangat jelas, kerajaan negeri yang sudi serahkan tanah kepada KPKT akan diberi keutamaan untuk membina PPR.

“Kita mahu membina perumahan mampu milik terbaik dan memastikan kualitinya ada. Oleh itu, kerjasama antara negeri dan Persekutuan sangat penting,“ katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Tamu Putatan hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri serta Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.

Nga juga berkata sebanyak 32 tapak di beberapa negeri telah diserah kepada KPKT setakat ini untuk proses penilaian bagi menentukan kesesuaian pembangunan PPR.

Beliau turut memaklumkan akan bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor esok bagi membincangkan tanah yang terlibat untuk pelaksanaan projek PPR di Sabah.

Nga berkata KPKT telah membina sebanyak 38 projek PPR di Sabah iaitu negeri paling banyak memiliki kemudahan perumahan kos rendah setakat ini.

“Permintaan rumah di Sabah sentiasa dekat di hati kementerian dan kita sedang muktamadkan dengan kerajaan negeri iaitu jika serah tanah, prosedurnya KPKT akan hantar pasukan teknikal untuk lihat tapak sesuai atau tidak.

“Kita ingin membina perumahan bersepadu dengan pelbagai kemudahan. Saya yakin akan ada kerjasama erat dengan negeri demi kepentingan rakyat,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CUKTECH Hosts Its First “Charge & Connect” Event, Officially Strengthening Its Presence In Vietnam’s...

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Technology brand CUKTECH successfully hosted its first "Charge & Connect" event at The VIBES Events & Dining, officially introducing its next-generation charging ecosystem to the Vietnamese market.

Thailand Approves $1.99 Billion in New Investment, Led by AI and Advanced Electronics

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Thailand has approved nine major investment projects worth a combined USD 1.99 billion (66.3 billion baht) in high-value sectors, including artificial intelligence (AI), advanced electronics, aviation, clean energy, and food as global manufacturers reposition their supply chains across Southeast Asia.

Genetic Study Reveals Multiple Introductions and Human-Mediated Spread of Invasive Blackchin Tilapia in Thailand

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Researchers from Aquatic Resources Research Institute (ARRI), Faculty of Science, Chulalongkorn University have recently uncovered new genetic evidence explaining how the invasive blackchin tilapia (Sarotherodon melanotheron), a species native to West Africa, became established throughout Thailand.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings