the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kumpulan militan warga bangladesh kumpul dan salur dana kepada IS di Syria, Bangladesh – KPN

KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria dan Bangladesh.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu mengutip dana melalui yuran keahlian tahunan sebanyak RM500 seorang serta menerima sumbangan tambahan bergantung kepada kemampuan ahli.

Beliau berkata keahlian kumpulan tersebut dianggarkan antara 100 hingga 150 individu, terdiri daripada warga Bangladesh yang bekerja dalam sektor buruh seperti kilang, pembinaan dan stesen minyak di negara ini.

“Wang yang dikumpul kemudian disalurkan ke luar negara menggunakan aplikasi e-dompet serta perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata proses perekrutan ahli baharu dilakukan melalui platform media sosial serta aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram.

Mohd Khalid berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung jumlah dana yang telah disalurkan kepada kumpulan IS di Syria dan Bangladesh setakat ini.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan media sosial untuk tujuan perekrutan, beliau berkata aplikasi itu turut digunakan kumpulan berkenaan untuk menyebarkan propaganda, melaksanakan proses baiah (sumpah setia), serta menyusun aktiviti rahsia termasuk pengajian agama dan perjumpaan ahli.

Katanya, individu yang melafazkan baiah secara dalam talian akan dilantik sebagai ketua sel bagi memperluas pengaruh kumpulan, manakala proses pengambilan ahli dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan saringan keahlian sehingga pembentukan kelompok elit.

Namun begitu, Mohd Khalid menegaskan bahawa siasatan setakat ini mendapati tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gerakan tersebut, yang dikenal pasti aktif sejak setahun lalu.

Beliau berkata siasatan turut mendapati GMRB tidak menyasarkan Malaysia sebagai lokasi serangan, sebaliknya hanya menggunakan negara ini sebagai tempat pengumpulan dana dan perekrutan ahli.

Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan dengan kerjasama pihak berkuasa Bangladesh dan Interpol.

Menurut Mohd Khalid pihaknya mengesan kegiatan kumpulan itu menerusi akaun media sosial menggunakan alamat internet Malaysia, aktif menyebarkan fahaman IS dan dikendalikan oleh rakyat Banglades.

Susulan pengesanan itu, polis melancarkan operasi bersepadu bagi menahan ahli kumpulan berkenaan.

“Dalam fasa pertama operasi pada 28 April, seramai enam individu ditahan di sekitar Selangor dan hasil penahanan itu mendedahkan struktur GMRB yang berpangkalan di Johor.

“Fasa kedua pada 7 Mei, menyaksikan polis meneruskan operasi di Johor dan berjaya menahan 14 individu, termasuk ketua kumpulan GMRB.

“Manakala fasa ketiga dijalankan dari 19 hingga 21 Jun, melibatkan penahanan 16 lagi individu, sekali gus menutup rangkaian utama GMRB yang beroperasi di negara ini,” katanya.

Mohd Khalid berkata secara keseluruhan seramai 36 individu berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, lima suspek telah didakwa di bawah Seksyen 6A Kanun Keseksaan, manakala 16 lagi masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi siasatan dan proses pendakwaan lanjut.

Beliau berkata baki individu yang didapati hanya terlibat secara minimum dalam kegiatan tersebut akan dihantar pulang ke negara asal.

Mengulas mengenai tindakan membanteras kumpulan militan itu, Mohd Khalid menegaskan keselamatan negara adalah keutamaan utama PDRM dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ancaman keganasan demi melindungi rakyat dan negara.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar lebih peka terhadap persekitaran dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Rhenus shared commitment to support India’s maritime sector at India Maritime Week 2025

Rhenus exchanged an MoU with Inland Waterways Authority Of India (IWAI) for the construction and operation of tug-barge vessels to enable cargo movement across National Waterways NW-1, NW-2, NW-16, and the Indo-Bangladesh Protocol (IBP) route. Vivek Arya, CEO of Rhenus India also shared his insights on logistics as a panelist in a conference discussion session.

Most Viewed

BMW Prepares to Bid Farewell to the Z4 With a Final Edition

BMW is closing the chapter on one of its most recognisable modern roadsters with the introduction of the Z4 Final Edition. This limited-run version marks the last opportunity for customers to order a new Z4 before production ends in March 2026. Since its debut in 2002, the Z4 has built a strong following through its mix of distinctive styling, open-top driving and sharp handling. The Final Edition is designed as a closing tribute to the model, offering exclusive exterior and interior details that set it apart from the standard range.The Final Edition will be available for order only for a short period beginning in late January 2026, giving interested buyers a narrow window to secure one of the last examples.

T7 Global strengthens leadership with key appointments

T7 Global Bhd has announced a leadership reshuffle, with Tan Kay Zhuin redesignated as executive director and industry veteran Azman Yakim appointed as the new group CEO. The transition marks the group’s next phase of growth, building on Tan’s contributions in expanding its energy and industrial solutions divisions and Azman’s extensive experience in operational management across the oil and gas value chain.
spot_img

Popular Categories