the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
30.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laksamana Muda Anuar Alias dinobat Tokoh Kemerdekaan Selangor 2025

SHAH ALAM: Laksamana Muda (B) Datuk Anuar Alias telah dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor 2025 sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri.

Beliau dipilih sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti dalam angkatan pertahanan negara menerusi misi antarabangsa yang menjadi inspirasi filem terkenal PASKAL: The Movie.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam majlis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Anuar yang juga bekas Panglima Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia meluahkan rasa syukur dan menganggap anugerah ini sebagai penghormatan kepada seluruh anggota pasukan pertahanan negara.

Beliau berkongsi pengalaman penting semasa bertugas sebagai pegawai pemerhati PBB di Angola termasuk menyelamatkan hampir 20 kanak-kanak dari zon bahaya.

“Satu kejadian sukar dilupakan ialah ketika kereta perisai PBB terkena periuk api dan saya menyelamatkan beberapa anggota PBB dari Namibia keluar dari zon bahaya,“ katanya.

Beliau juga terlibat dalam insiden serangan hendap ke atas lori awam di Angola yang kemudian dilakonkan dalam filem PASKAL.

“Kebetulan saya berada di belakang pemandu lori dan beberapa orang awam ditembak, kemudian saya maju ke depan sehingga penyerang lari dan berjaya menyelamatkan beberapa nyawa,“ ujarnya.

Anuar yang berkhidmat hampir 41 tahun dalam TLDM menasihati generasi baharu supaya bertugas dengan penuh integriti, setia dan ikhlas demi negara.

“Sepanjang 41 tahun saya berkhidmat dengan jujur dan ikhlas, Alhamdulillah bila dah pencen saya puas hati kerana sudah curahkan segala tenaga dan bakti kepada negara,“ katanya.

Beliau berharap generasi pewaris teruskan perjuangan dan ingat bahawa kemerdekaan tidak datang dengan murah tetapi melalui pengorbanan dan semangat rakyat Malaysia.

Anuar menyertai TLDM pada 1 Februari 1981 di Kem Segenting, Negeri Sembilan dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Navigasi di KD Baung.

Beliau kemudian menyertai PASKAL dan terlibat dalam operasi penting termasuk misi pengunduran pasukan PBB UNISOM II di Somalia.

Pada 1998 beliau terpilih menyertai Misi Pengaman PBB di Angola sebagai Pegawai Pemerhati di kawasan bergolak Team Site Bailundo.

Atas tindakan berani dan profesionalisme tinggi, beliau menerima Pingat Gagah Berani pada 2 Jun 2000 daripada Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau merupakan wakil tunggal TLDM yang menerima PGB, antara pengiktirafan tertinggi negara untuk keberanian luar biasa seorang perwira. – Bernama

Related

spot_img

Latest

iCAUR V23 Electric SUV Launched in Malaysia

iCAUR Malaysia has expanded its electric SUV line-up with the launch of the new iCAUR V23, a model designed to strengthen the brand’s presence in the country’s increasingly competitive EV market. It follows the earlier arrival of the iCAUR 03, but this time the company is leaning into nostalgia, shaping its new C-segment SUV with cues from old-school off-roaders while pairing that look with modern performance and safety technology.Despite its compact footprint, the V23 carries noticeably bold proportions. It measures 4,220 mm in length, 1,915 mm in width, and 1,845 mm in height, with a 2,735 mm wheelbase that gives it the stance of a true adventure-ready SUV, whether navigating the city or heading into rougher terrain.

Most Viewed

CUKTECH introduces new car charger and power bank in Philippines

CUKTECH expands its presence in the Philippines with two new charging products: a 100W triple-port car charger with a retractable USB-C cable and a 20,000mAh dual-cable power bank with Lightning and Type-C built in. Designed for versatility, safety, and fast charging, these products highlight the brand’s user-focused philosophy and growing commitment to the Filipino market.
spot_img

Popular Categories