Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lebih 100,000 banjiri Dataran Putrajaya rai Hari Kebangsaan 2025

The Sun Webdesk

PUTRAJAYA: Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya, di sini hari ini, bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan lancar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025) berkata sambutan itu turut dijayakan oleh 14,062 peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan jumlah kehadiran berdasarkan data yang kita peroleh daripada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) adalah lebih daripada 100,000 yang hadir,” katanya kepada pemberita selepas sambutan itu yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli menghadiri sambutan itu, dan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan anggota Kabinet dan perwakilan asing.

Fahmi berkata persembahan pada Hari Kebangsaan kali ini turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri, khususnya persembahan grafik manusia daripada 2,000 pelajar sekolah dan menyifatkannya sebagai persembahan terbaik dalam sejarah.

“Perdana Menteri telah menyantuni pasukan grafik manusia yang terdiri daripada lebih 2,000 pelajar dari pelbagai sekolah yang telah berlatih lebih dua bulan untuk acara hari ini dan beliau telah menitipkan pesan kepada pelajar bahawa persembahan ini yang terbaik daripada pasukan grafik manusia yang pernah beliau saksikan,” katanya.

Fahmi turut mempelawa orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke program RiUH Merdeka, iaitu program sisipan sambutan Hari Kebangsaan 2025, yang berlangsung selama 30 jam bermula dari 12 tengah hari semalam hingga 6 petang ini.

“Mereka boleh pergi ke sekitar Monumen Alaf Baru (di Putrajaya) … ada program RiUH Merdeka hingga 6 petang hari ini dengan pelbagai persembahan, makanan, minuman dan jualan produk tempatan,” katanya.

Memuji kesanggupan orang ramai yang berkumpul di Dataran Putrajaya sejak semalam untuk menyaksikan sambutan itu, Fahmi berkata pelbagai kemudahan telah ditambah baik termasuk menyediakan lebih banyak tempat duduk bertingkat bagi memastikan keselesaan pengunjung.

“Kita dapati ada yang telah datang untuk berkampung di sini sejak petang semalam, pukul 5 petang, dan ada yang datang malam, awal pagi tadi,” katanya.

Mengenai petugas media, Fahmi berkata pihak penganjur akan meneliti semula kedudukan jurufoto bagi memastikan liputan lebih baik pada sambutan Hari Kebangsaan akan datang.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan beberapa maklum balas yang diterima, terutamanya daripada jurufoto yang mengharapkan kedudukan mereka lebih strategik bagi mendapatkan rakaman terbaik sepanjang acara berlangsung.

“Insya-Allah kita akan susun sebaik mungkin kedudukan bagi jurufoto yang lebih strategik pada masa depan,” katanya yang turut meluahkan rasa bangga dan gembira kerana sambutan berjalan mengikut perancangan yang telah disusun -BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.

Most Viewed

SC Asset Wins HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2025

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - SC Asset Corporation Public Company Limited has been honored with the HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2025 award—one of the region's most prestigious recognitions.

‘Ranong Port’ — Thailand’s Gateway to BIMSTEC

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - Ranong Port, under the supervision of the Port Authority of Thailand (PAT), is stepping into a new and significant role in advancing Thailand's economy and trade.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img