the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki cuba lari selepas mahkamah kekal hukuman berjaya ditahan polis

KOTA BHARU: Seorang lelaki tempatan gagal dalam cubaannya untuk melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuan dan mengekalkan hukuman terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Beliau menjelaskan lelaki berusia lingkungan 30-an yang dalam jaminan mahkamah itu bertindak demikian selepas hukuman penjara 24 bulan dan tiga sebatan terhadapnya dikekalkan.

“Semasa diiring ke sel lokap, dia bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun TikTok kononnya seorang banduan berjaya melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Kota Bharu semalam.

Mohd Rosdi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berkongsi atau memuat naik sebarang kandungan di media sosial yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Reman tiga warga asing dalam kes sindiket syabu disambung

Polis sambung reman tiga warga asing suspek sindiket syabu antarabangsa tujuh hari lagi bagi siasatan lanjut kes bernilai RM38 juta

Most Viewed

spot_img

Popular Categories