the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki keldai akaun ditahan, mangsa kerugian hampir RM80,000

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM79,468 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya di sini semalam, ekoran laporan polis dibuat oleh mangsa.

“Berdasarkan siasatan, mangsa telah tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman sosial Facebook sebelum berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp bagi mengetahui mengenai pelaburan terbabit.

“Mangsa kemudian telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM69,888 dan turut membuat pinjaman wang secara dalam talian serta membuat beberapa transaksi lagi dengan jumlah RM9,580,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata hingga kini mangsa tidak menerima pulangan pelaburan dan jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh pengadu sebanyak RM79,468.

Menurut Kamarul Rizal, lelaki yang ditahan ialah pemilik akaun yang digunakan sindiket penipuan itu untuk memperdaya mangsa dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings