the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

IPOH: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan kilang lama yang sudah tidak beroperasi di Kampung Coldstream, Bidor pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian mengenai mangsa berusia lingkungan 40-an itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati ada seorang mangsa lelaki terkena renjatan elektrik, namun tiada pengenalan diri pada mangsa tersebut.

“Pemeriksaan mendapati masih ada arus elektrik di kawasan mangsa dan kami memohon bantuan Tenaga Nasional Berhad ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV reports preliminary positive laboratory results for sequential copper and gold extraction from selected...

RZOLV Technologies reported encouraging preliminary laboratory results using its proprietary RZOLV™ platform, achieving strong sequential copper and gold recoveries from selected low-grade copper-gold samples. The findings support further optimisation and evaluation of a feed-specific processing approach for future commercial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings