the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000

BALIK PULAU: Seorang lelaki yang mempunyai 19 rekod lampau ditahan dan dadah bernilai RM11,272 dirampas dalam serbuan di Jalan Batu Maung, Bayan Lepas di sini hari ini.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Barat Daya memaklumkan suspek berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD) yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya merampas 200.1 gram heroin dan 57.0 gram syabu yang disembunyikan dalam bungkusan plastik dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11,272,” mengikut hantaran di Facebook malam ini.

IPD Daerah Barat Daya memaklumkan semakan rekod mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan lapan rekod kesalahan narkotik, manakala ujian air kencing turut mendapati positif dadah.

Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam satu lagi kes berasingan, dua lelaki berusia 32 dan 55 tahun yang disyaki terlibat dengan kes pecah rumah di Taman Sungai Rusa pada 5 Jan lepas berjaya ditahan semalam dan turut dirampas telefon bimbit, jam tangan serta wang tunai RM500.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings