the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki rempuh pintu pagar bangunan FBI di Pittsburgh, Amerika Syarikat

NEW YORK: Seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar masuk bangunan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Pittsburgh, Amerika Syarikat (AS) dengan kereta awal Rabu sebelum melarikan diri, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.

Insiden berlaku sekitar 2.40 pagi waktu Timur (0640 GMT), dengan suspek dilapor melemparkan bendera Amerika Syarikat ke atas pagar sebelum beredar, menurut FBI.

Agensi itu dalam satu kenyataan menyifatkan kejadian sebagai “serangan yang disasarkan terhadap FBI.”

“Kami melihatnya sebagai tindakan keganasan terhadap FBI,” kata Penolong Ejen Khas FBI Pittsburgh, Christopher Giordano.

Tiada kecederaan dilaporkan ketika insiden berkenaan berlaku.

Menurut FBI, suspek meninggalkan kawasan itu dengan berjalan kaki selepas merempuh pagar dan sehingga kini masih belum diberkas.

Giordano berkata suspek merupakan bekas anggota tentera yang “pernah mengunjungi pejabat lapangan itu beberapa minggu lalu untuk membuat aduan yang tidak jelas.”

“Ia adalah satu kesalahan persekutuan dan kami akan menuntut pendakwaan sepenuhnya,” katanya – BERNAMA-XINHUA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories