the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MAA gesa kerajaan kekalkan insentif EV import dan tempatan dalam Belanjawan 2026

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyeru kerajaan agar mempertimbangkan untuk mengekalkan kerangka dasar yang seimbang bagi terus menyokong kedua-dua segmen kenderaan elektrik (EV) model import sepenuhnya (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD).

Gesaan ini dibuat berikutan penamatan tempoh insentif bagi EV CBU, dan menurutnya penting agar insentif itu diteruskan sekurang-kurangnya pada peringkat awal peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.

“Ekosistem EV di Malaysia masih di peringkat awal pembangunan,” kata MAA dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap pembentangan Belanjawan 2026 semalam.

Persatuan itu menegaskan insentif berterusan untuk model CBU amat penting bagi mewujudkan kesedaran pengguna, keyakinan pasaran dan kesediaan permintaan.

“Ketiga-tiga aspek ini merupakan prasyarat utama kepada kejayaan jangka panjang program pemasangan EV tempatan,” jelasnya.

MAA turut menegaskan bahawa kerajaan perlu terus menyesuaikan dasar-dasarnya selaras dengan kemajuan teknologi dan perkembangan pesat industri global.

Pada masa sama, persatuan itu tetap yakin kerajaan akan terus mengambil pendekatan jangka panjang dalam membentuk landskap dasar EV negara.

Ini kerana landskap automotif yang berubah pantas menuntut kerangka dasar yang progresif dan adaptif bagi memudahkan pengembangan industri serta penerapan teknologi berimpak tinggi.

MAA turut menyambut baik geran padanan RM4,000 yang diperkenalkan untuk menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan berusia lebih 20 tahun.

Geran ini disifatkan sebagai langkah progresif ke arah meningkatkan keselamatan, memelihara kemampanan alam sekitar dan menyokong jenama kereta nasional.

“Bagi meningkatkan lagi kesan positif inisiatif ini, MAA mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk meluaskan kelayakan program tersebut kepada model CKD jenama automotif lain,” kata persatuan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img