• 2025-09-08 07:17 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia terus menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan dan membawa pulang dalang utama dikaitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau Jho Low untuk menghadapi pertuduhan di negara ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memaklumkan usaha itu dilaksanakan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang komited bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini sudah mengesahkan tiada bukti kukuh mengaitkan keberadaan Jho Low di China.

Malaysia sedang bekerjasama erat dengan pihak agensi penguat kuasa undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan individu terbabit.

JSJK juga memaklumkan sehingga kini tiada bukti sahih mengaitkan Jho Low dengan penggunaan pasport palsu atau keberadaannya di Shanghai, China seperti didakwa dalam laporan media.

Timbul dakwaan Jho Low kini menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai dengan menggunakan pasport Australia palsu. – Bernama