the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia-UAE akan meterai FTA pertama dalam masa dua bulan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Emiriah Arab Bersatu (UAE), dijangka dimeterai dalam masa dua bulan lagi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pertama itu akan membuka ruang kepada negara untuk menjalin lebih banyak FTA dengan negara-negara GCC.

“Mulai hari ini, agensi akan mengambil masa (kira-kira) dua bulan untuk melakukan ‘legal scrubbing’ (perjanjian disemak peguam),“ katanya kepada Bernama selepas Persidangan Ekonomi & Kewangan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata beliau dan rakan sejawatannya di UAE mencapai keputusan muktamad mengenai CEPA hari ini.

“Dalam masa dua bulan, kedua-dua perdana menteri (Malaysia dan UAE) akan menyaksikan pemeteraian akhir (perjanjian itu),“ katanya.

Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang menandatangani CEPA dengan UAE.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings