the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC laksanakan siasatan awam pendaftaran pengguna prabayar

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan siasatan awam berhubung standard mandatori untuk pendaftaran pengguna perkhidmatan selular awam prabayar.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan kertas siasatan awam itu dibuat selaras dengan Seksyen 55 dan 61 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan ketelusan, keterangkuman serta akauntabiliti dalam proses pembangunan Standard Mandatori.

Langkah ini memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk mengemukakan pandangan serta maklum balas terhadap piawaian yang dicadangkan.

Cadangan standard tersebut akan membantu MCMC menilai kesesuaian, keberkesanan dan impaknya sebelum dimuktamadkan.

Standard mandatori yang dicadangkan itu akan menggantikan Garis Panduan Pendaftaran Pengguna Prabayar 2017.

Standard baharu ini dibangunkan bagi memperkukuh integriti proses pendaftaran pengguna melalui pengenalan mekanisme keselamatan baharu.

Mekanisme keselamatan tersebut menggunakan platform automatik yang selamat iaitu Pengesahan Berbilang Faktor.

MCMC turut memaklumkan bahawa di bawah peraturan baharu tersebut, suruhanjaya itu akan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Kuasa penguatkuasaan ini bukan sahaja terhadap penyedia perkhidmatan tetapi juga terhadap pengedar yang terlibat dalam proses pendaftaran pengguna akhir prabayar.

Langkah ini memastikan akauntabiliti merentasi keseluruhan rantaian pendaftaran di mana pengedar turut tertakluk kepada obligasi di bawah Seksyen 51 AKM 1998.

Pematuhan pengedar ini bertujuan mengurangkan risiko salah laku yang boleh menjejaskan perlindungan pengguna.

Peraturan yang disemak semula turut memperkenal perlindungan tambahan bagi pengguna bawah umur.

Individu berumur 12 hingga 17 tahun diwajibkan menjalani proses pendaftaran melalui ibu bapa atau penjaga sah.

Cadangan standard tersebut juga memperkenal had baharu terhadap jumlah kad SIM yang boleh didaftarkan atas nama seorang individu.

Had ini terpakai sama ada untuk warganegara Malaysia atau warga asing sebagai langkah membendung penyalahgunaan kad SIM yang berterusan.

MCMC turut mengalu-alukan penyertaan aktif daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan standard yang dibangunkan adalah menyeluruh, praktikal dan sejajar dengan keperluan semasa industri telekomunikasi.

Pandangan dan maklum balas boleh dikemukakan melalui pautan laman web MCMC mulai sekarang hingga 28 November ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings