Thursday, November 6, 2025
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MCMC sokong inisiatif berita audio Heard the News? Read With Me

The Sun Webdesk

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menerusi Pusat Sebaran Maklumat Negara (NADI), akan menyokong inisiatif Heard the News? Read With Me, dengan memperluas jangkauannya ke seluruh negara, termasuk ke kawasan luar bandar dan kawasan kurang menerima liputan.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa berkata dengan lebih 1,099 pusat NADI di seluruh negara, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada komuniti yang paling terpencil, dari pedalaman Sabah dan Sarawak hingga ke kampung-kampung di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata banyak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih bergelut dengan pemahaman dan keyakinan dalam Bahasa Inggeris, sambil memetik bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke-26 dalam 2024 Education First English Proficiency Index.

“Bahasa pada hari ini bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, ia juga merupakan laluan kepada pelbagai peluang.

“Bahasa Inggeris secara meluas diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa dalam bidang sains, teknologi, perniagaan dan diplomasi.

“Belajar Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah sahaja tidak mencukupi.

“Kita mesti mewujudkan peluang harian untuk menggunakannya dan alaminya, dan inilah sebab utama mengapa inisiatif ini begitu penting,” katanya semasa pelancaran inisiatif Heard the News? Read With Me anjuran New Straits Times (NST) di IWK Eco Park hari ini.

Mohamad Fauzi turut merakamkan ucapan tahniah kepada NST sempena ulang tahunnya yang ke-180, sambil menyifatkan akhbar itu sebagai “tonggak kepada kredibiliti, hubungan dan kesedaran nasional” yang terus berinovasi demi generasi akan datang.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan NST Farrah Naz Karim dalam ucapannya berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen NST terhadap kebolehcapaian dan inovasi, dengan menjadikan kandungan berita lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Program ini, yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-180 NST dengan kerjasama MCMC, memperkenalkan artikel berita audio pertama di Malaysia yang menggunakan kod QR, bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, pemikiran kritikal dan literasi media.

Pembaca boleh mengimbas kod QR pada artikel terpilih NST, untuk mendengar versi audio yang dilafazkan, manakala pusat NADI akan memperluas lagi promosi inisiatif ini dengan menyediakan akses kepada edisi NST serta membiasakan komuniti luar bandar dengan kandungan digital. – Bernama

Related

spot_img

Latest

New Balance opens first Run Hub in Southeast Asia at Suria KLCC

New Balance has officially opened its first-ever Run Hub in Southeast Asia at Suria KLCC, Kuala Lumpur — a landmark space dedicated to running, community, and connection. Inspired by the success of its Run Hubs in Japan and China, the KLCC edition brings the same runner-focused concept to the region, blending performance, accessibility, and community spirit. According to Brittany Melrose, Regional Head of Running & Sports Marketing for New Balance, the Run Hub aims to be “a beacon for runners of all levels,” fostering passion and inclusivity within Malaysia’s vibrant running scene. The Run Hub offers runners a complete experience — from storing belongings before a run to testing New Balance performance shoes around KLCC Park. Inside, a 3D foot scanning station provides detailed insights and shoe recommendations tailored to each runner’s stride. The open, welcoming design encourages flow between preparation and interaction, reinforcing New Balance’s belief that running is as much about people as performance.

Alfa Romeo set to return to Malaysia with Stelvio and Tonale

After years of absence, Italian automaker Alfa Romeo is gearing up for an official comeback in Malaysia. The brand, long admired for its blend of performance, design, and unmistakable Italian flair, is set to re-enter the local market under a new boutique-style business model backed by parent company Stellantis. Stellantis ASEAN Managing Director Isaac Yeo confirmed that Alfa Romeo’s return will take place within the next two years, though not through a conventional mass-market setup. Instead, the brand will operate via a hybrid model system, managed by independent partners rather than directly under Stellantis Malaysia. This approach will allow Alfa Romeo to maintain an exclusive presence while catering to a niche audience of enthusiasts who appreciate the brand’s heritage and craftsmanship.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img