the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka rekod kerugian RM52.19 juta akibat penipuan dalam talian

JASIN: Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM52.19 juta berkaitan aktiviti penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga 2 Sept lepas, dan 964 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu, kata Exco Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Beliau berkata daripada jumlah itu juga 378 kes berjaya dibawa untuk pertuduhan membabitkan kesalahan jenayah ini.

Fairul berkata berkata isu itu perlu dibendung lebih awal kerana ia boleh mendatangkan kerugian di samping memecahbelahkan masyarakat dan menganggu-gugat kestabilan negara.

“Saya ingin menasihatkan supaya masyarakat lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan segala taktik penipuan ini, selain melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya menjadi mangsa,“ katanya kepada pemberita di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan MARA 2024 kepada 467 murid terdiri daripada keluarga B40 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings