the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah – Fahmi

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara termasuk isu politik.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ini kerana Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jangan cakap mengenai Kuala Kubu Baharu atau PRK (Pilihan Raya Kecil). Bawa pulang menantu anda dulu, kemudian baru anda berada di kedudukan yang lebih baik untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja, kerana dia (menantu Muhyiddin) sedang melarikan diri daripada undang-undang.

“Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Muhyiddin) seharusnya menjadi contoh yang baik untuk mengarahkan menantu beliau balik ke Malaysia dan berdepan dengan siasatan yang telah dimulakan.

“Jika gagal lakukan perkara asas ini, maka saya rasa beliau tiada ‘moral standing’ untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja,” kata Fahmi ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan Muhyiddin sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan ekoran kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Lee Kee Hiong daripada DAP meninggal dunia pada 21 Mac lepas, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian berlangsung pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas mendiang Lee berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ensuring safety of our interns

A 24-year-old’s fatal accident exposes the deadly gap between academic oversight and industrial safety, demanding urgent accountability for vulnerable trainees.

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings