the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Op Mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan

SHAH ALAM: Empat petugas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) cawangan Wangsa Maju dipanggil memberikan keterangan berhubung siasatan terhadap kenderaan tidak mematuhi standard yang didakwa diluluskan pusat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.

Beliau berkata dua daripadanya adalah mereka yang bertindak meluluskan kenderaan berkenaan manakala dua lagi yang menggagalkan pemeriksaan itu.

“Saya mengesahkan dua individu telah memberikan keterangan kepada JPJ Putrajaya pada 30 Dis dan ada orang ketiga (yang dilihat) itu ialah Pengurus Wilayah Tengah Puspakom yang hanya menemani dua petugas terbabit.

“Sementara itu, dua lagi individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di JPJ Putrajaya pada hari ini,” katanya dalam sidang media di Puspakom Shah Alam di sini hari ini.

Mahmood Razak berkata Puspakom sehingga kini belum menerima apa-apa saman daripada JPJ sepanjang Op Mengejut yang kini memasuki hari ketiga.

Beliau turut menafikan dakwaan tujuh kenderaan disita JPJ dalam kawasan Puspakom Wangsa Maju sebaliknya hanya melibatkan sebuah kenderaan sahaja.

“Sejumlah 104 kenderaan yang disita di Perak sebenarnya berada di luar kawasan Puspakom dan masih belum diperiksa,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 43 cawangan Puspakom telah diserbu pada 30 Dis diikuti 42 cawangan sehari kemudian manakala untuk hari ini dua cawangan diperiksa setakat 2 petang iaitu di Glenmarie dan Seremban.

Mengulas lanjut, Mahmood Razak berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan keterangan dua pekerjanya yang terkait dengan siasatan berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan petugas yang didapati terlibat dengan apa juga bentuk kesalahan termasuk unsur rasuah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas.

“Kalau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini kita akan beri amaran lisan, seterusnya amaran bertulis, dan sekiranya kesilapan itu keterlaluan, kita akan buang mereka yang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahmood Razak berkata Puspakom bersedia untuk bekerjasama dengan JPJ dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara.

Beliau berkata pihaknya menyambut baik kerjasama JPJ dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memeriksa dan memantau bengkel berdaftar serta bengkel tidak berlesen yang disyaki terlibat dalam isu sewa komponen kenderaan perdagangan.

“Puspakom akan akur kepada apa-apa arahan baharu yang akan dikeluarkan selaras usaha menangani tabiat yang tidak bertanggungjawab oleh pemilik kenderaan perdagangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahmood Razak berkata kira-kira lapan peratus kenderaan berat gagal pemeriksaan di Puspakom setiap tahun daripada purata 2.8 juta pemeriksaan yang dilakukan.

“Kira-kira purata 220,000 kenderaan (lapan peratus) kenderaan berat gagal pemeriksaan setiap tahun. Isu brek menjadi antara masalah besar dan utama diikuti keadaan tayar serta sistem kenderaan itu sendiri.

“Bagi keadaan tayar ia tidak semestinya tayar celup sebab apabila kenderaan itu digunakan berkali-kali, tayar akan mempunyai masalah,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories