the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang juga akan meneruskan pelbagai pelaburan untuk melengkapkan ekosistem dan rangkaian bekalan, kerana bidang semikonduktor amat luas malah melibatkan banyak sektor kecil seperti IC.

“Tambahan pula Kerajaan Persekutuan kini sedang usahakan Pelan Strategik Semikonduktor dan saya dengar ada rancangan untuk mengkhususkan negeri-negeri kepada sektor-sektor kecil yang berkenaan, kita tidak perlu bersaing dengan negeri-negeri tetapi lihat sektor ini dalam konteks negara.

“Jadi, kita perlu lihat apa cadangan Pelan Strategik Semikonduktor yang dijangka diumumkan Mei nanti, kita akan lihat apakah peranan yang ditugaskan kepada Pulau Pinang dan saya percaya negeri ini ada ekosistem yang paling lengkap di Malaysia ini,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Jamuan Tengah Hari Amal Hari Raya Aidilfitri anjuran Kor Konsulat Kehormat Malaysia, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor serta barisan konsulat di Pulau Pinang.

Chow berkata demikian bagi mengulas saranan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang berpandangan bahawa Pulau Pinang seharusnya belajar daripada kejayaan Selangor, untuk menubuhkan sebuah Taman Pemacu Industri Semikonduktor dan Reka Bentuk Litar Bersepadu.

Sehubungan itu, Chow berkata pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Lim yang juga bekas Ketua Menteri, serta Invest Penang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi mendengar cadangan mengenai taman IC di Pulau Pinang.

Semalam, tiga syarikat semikonduktor baharu iaitu China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE), menyatakan minta untuk melabur di Pulau Pinang dengan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak US$100 juta.

Mengulas mengenai isu tarif air pula, Chow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah dan Ekonomi berkata kenaikan tarif air di negeri itu, terletak kepada kelulusan yang diperoleh daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mempunyai mekanisme tersendiri, termasuk jalur tarif yang ditentukan.

Beliau menjelaskan jalur satu tarif di negeri itu tidak pernah naik sejak 1992, manakala jalur dua pula sejak 2015, sedangkan sepatutnya kadar tarif dikaji semula atau boleh naik setiap tiga tahun seperti dibenarkan oleh SPAN.

“Kadang kala Pulau Pinang tidak kuatkuasakan (kenaikan setiap tiga tahun) atau tidak diluluskan sebagainya kenaikan tarif air dan kalau ikut kaedah ini (kaji semula tarif setiap tiga tahun) tidak akan (naik tarif) mendadak seperti sekarang. Sudah lama tidak naik, kita kena catch out,“ katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang mencadangkan beberapa penyelesaian masalah peningkatan tarif air antaranya menaikkan tarif air dalam tiga fasa setahun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img