the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen: 774 program berkaitan digital, ICT dilaksanakan di Sarawak hingga Jun – KPM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 774 program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) berkaitan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dilaksanakan di Sarawak berdasarkan statistik Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia, sehingga 15 Jun lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata daripada jumlah itu seramai 81,791 guru terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai murni serta ciri profesional masing-masing seiring keperluan semasa pendidikan.

“Selain itu, pada 2023, seramai 19 guru dari Sarawak dilantik sebagai Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD). Mereka diberi latihan oleh rakan strategik untuk menyebar luas pengetahuan dan pengalaman kepada guru-guru di sekitar mereka dan seramai 8,011 guru telah diberi bimbingan oleh GPGD di Sarawak.

“Dari aspek penyediaan persekitaran digital kondusif, sebanyak 27 Pusat Kegiatan Guru dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan di Sarawak telah dilengkapi Studio Digital dan Digital Maker Hub bagi memastikan latihan kepada guru berkaitan digital dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah guru di Sarawak yang telah dilatih untuk kompeten dalam mengaplikasikan teknologi digital dalam PdP, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Wong berkata KPM dengan kerjasama Pixlr juga telah melatih 92 guru di Sarawak pada 23 Mei lepas bagi meningkatkan kompetensi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Selain itu, Wong berkata pihak kementerian antara lain telah menaik taraf teknologi fiber di sekolah-sekolah negeri ini dengan meningkatkan kelajuan capaian dari 100 mbps (kelajuan minimum) kepada 300 mbps melalui perolehan baharu perkhidmatan Internet bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025.

“Bagi sekolah yang menggunakan teknologi satelit, kelajuan juga ditambah dari 30 mbps kepada 100 mbps dengan penambahbaikan kuota dari 100 gigabyte ke satu Terabyte,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HK Government’s Talent Admission Schemes Accelerate Demand in International Education Market: For You Education...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - As the Hong Kong government's various talent admission schemes continue to deepen, a significant wave of high-achieving elite families has settled in the city.

Hong Kong unlocks new opportunities with Central Asia

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Led by Chief Executive of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR), John Lee, a high-level delegation visit to Kazakhstan and Uzbekistan (May 31 - June 5) is already paying dividends, forging fresh opportunities to deepen ties between Central Asia, Hong Kong and the Chinese Mainland.

Sow Fertility’s Medical Advisor Prof. Liona Poon Honoured as a JESSICA Most Successful Woman...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Sow Fertility, a Hong Kong-based fertility and family-building benefits platform, congratulates its Medical Advisor, Professor Liona Poon, on being named one of JESSICA's Most Successful Women 2026, an annual recognition celebrating women across Hong Kong and Asia whose leadership is reshaping their industries.

NAMAA Emerges from Stealth with 150 Facilities and a Long-Term Commitment to Middle East...

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 – NAMAA, a real estate technology group that builds infrastructure to scale food delivery and production and a part of the wider ATOMS Group, has publicly introduced its Middle East food infrastructure portfolio.

Blending Heritage and Innovation, China’s Shangcheng District Hums with Dynamic Vitality

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - On June 1, the Google Cross-border E-commerce Acceleration Center announced its upcoming settlement in Shangcheng District, Hangzhou City, east China's Zhejiang Province.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings