the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pecah masuk rumah Kieda Crepe: Reman empat individu disambung

KEPALA BATAS: Reman terhadap empat individu termasuk dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk rumah dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe disambung tiga hari lagi hingga 14 Jun ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman berkata mereka yang terdiri daripada dua pasangan suami isteri berumur 20 hingga 27 tahun itu sebelum ini direman bermula 6 Jun lepas dan tamat hari ini.

“Polis menyambung reman keempat-empat suspek itu selama tiga hari lagi bermula hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut kes terbabit termasuk mengesan (baki) barangan kemas milik mangsa.

“Berdasarkan siasatan setakat ini, mereka hanya terlibat dalam satu kes pecah rumah di kediaman pempengaruh itu yang berlaku pada 25 April lepas dan polis telah merampas semula barangan kemas bernilai RM40,000 daripada suspek,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah wanita itu.

Sebelum ini, media melaporkan kediaman pempengaruh yang juga usahawan pencuci mulut di Pokok Sena di sini, dipecah masuk perompak yang melarikan barang kemas dan sejumlah wang tunai.

Siti Nur Khalieda yang berkongsikan perkara itu menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok pada 3 Jun lepas mendakwa kejadian itu menyebabkan dia kerugian RM800,000 selepas pelbagai barang kemas yang disimpan di dalam peti besi dilarikan perompak yang memasuki kediamannya melalui tingkap.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings