the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemerdagangan manusia: Peranan datuk seri cari pelabur disiasat – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat peranan seorang Datuk Seri, yang disyaki menjadi dalang dalam kes pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan kini tertumpu kepada peranan Datuk Seri itu dalam mengenal pasti pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di Myanmar.

“Kita juga menyiasat peranan seorang lelaki disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari pelabur-pelabur yang berjaya dipujuk, selain mengenal pasti hubungan beberapa individu serta dua ahli perniagaan warga China dalam kes berkenaan,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis juga telah mengambil keterangan dua lagi individu berhubung siasatan sindiket itu menjadikan keseluruhan 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini.

Secara keseluruhan, proses merakam percakapan itu membabitkan seorang ahli politik dan suaminya, ahli perniagaan serta beberapa individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan portal tempatan.

Semalam, media tempatan melaporkan PDRM sedang menganalisis dan meneliti kedudukan kewangan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings