the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penemuan mayat wanita, polis tahan anak saudara mangsa

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun susulan penemuan mayat ibu saudaranya di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penahanan lelaki warga tempatan itu, dilakukan hari ini bagi membantu siasatan susulan tindakan pantas pihaknya dengan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret di sini, esok.

“Ujian air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif dadah, selain turut tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 54 tahun itu daripada orang awam pada 8.31 pagi, dengan pemeriksaan mendapati mayat wanita itu dalam keadaan membusuk dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Abang Zainal berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes ASP S. Dasarathan di talian 012-5644484 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings