the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan – Dzulkefly

ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata memastikan keselamatan dan kualiti makanan amat penting, selain mengawal penularan penyakit bawaan banjir sepanjang tempoh bencana ini.

“Paling mustahak pastikan tiada kes keracunan makanan atau penyakit yang berkaitan dengan banjir. Buat masa ini, tiada kes penyakit berjangkit seperti leptospirosis (kencing tikus).

“Selepas banjir, kemungkinan wabak denggi akan memerlukan pemantauan rapi. Apa-apa pun, yang paling penting, sesiapa yang memerlukan rawatan khusus akan dipindahkan, misalnya bagi rawatan hemodialisis,“ katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, dekat sini, hari ini.

Beliau turut berkata pihaknya berpuas hati dengan pengurusan fasiliti kesihatan di negeri ini yang setakat ini berada dalam keadaan terkawal dan maklumkan Jabatan Kesihatan Negeri juga akan terus memantau dan menambah baik kualiti perkhidmatan mereka.

Dzulkefly berkata fasiliti kesihatan di bawah KKM yang terjejas akibat banjir telah dipindahkan ke lokasi terdekat bagi memastikan perkhidmatan rawatan dapat diteruskan seperti biasa walaupun dalam situasi bencana.

“Kami berharap cuaca akan bertambah baik selepas ini dan diharapkan juga cuaca di negara jiran akan reda supaya limpahan air dari sana tidak menjejaskan kawasan kita,“ katanya.

Beliau berkata petugas KKM sepanjang tempoh banjir akan diarahkan membantu fasiliti yang memerlukan jika perlu.

“Misalnya mungkin ada petugas dihantar ke negeri lain atau ke daerah lain dalam negeri yang sama untuk membantu,“ katanya.

Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,754 orang daripada 2,671 keluarga sejak bencana itu melanda negeri tersebut pada Rabu lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings