the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pensijilan halal: PM minta laporan lengkap dibentang minggu depan – Fahmi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta laporan berkaitan isu pensijilan halal dan mahukan ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, telah diminta untuk menyediakan laporan berkenaan isu itu dan melihat langkah-langkah yang boleh diambil seterusnya.

“Isu pensijilan halal memang dari semasa ke semasa akan dibincangkan terutama dari segi pelaksanaan, tetapi dari segi dasar kita perlu tunggu pembentangan oleh Menteri (Hal Ehwal) Agama minggu depan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 6 Sept, Mohd Na’im dilaporkan sebagai berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Isu itu mencetuskan kontroversi apabila ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dilaporkan berkata pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings