the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perumahan rakyat baharu perlu dibina berdekatan stesen pengangkutan awam – PM Anwar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya projek perumahan rakyat yang baharu dibangunkan di atas atau berhampiran stesen pengangkutan awam sebagai langkah menggalakkan penggunaan perkhidmatan itu cara menyeluruh.

Anwar berkata konsep pembangunan perumahan sedemikian bukan sahaja mampu menyediakan kediaman yang lebih strategik kepada golongan berpendapatan rendah tetapi juga membuka jalan kepada gaya hidup bandar yang lebih mampan dan tersusun.

“Ada cadangan untuk membangunkan perumahan di atas stesen (pengangkutan awam) itu sendiri, tetapi memerlukan pindaan-pindaan (undang-undang) tertentu dan sedang diusahakan.

“Contohnya projek Kota MADANI, yang saya tekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat termasuk pembangunan vertikal,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam ini.

Forum anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu membincangkan topik “Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam”.

Turut serta sebagai ahli panel ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Sementara itu, Anwar berkata pendekatan platform wacana seperti forum berkenaan penting bagi memastikan dasar kerajaan digubal dengan mengambil kira suara pelbagai pihak termasuk ahli akademik, pakar industri, penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Beliau berkata penganjuran forum seperti itu membuktikan bahawa kerajaan tidak menutup ruang kritikan sebaliknya menggalakkan pandangan berbeza sekiranya ia disampaikan secara profesional dan membina.

“Saya hargai keterbukaan ahli panel yang membuat teguran halus dan cadangan. Saya tidak anggap ini kritikan negatif. Saya ambil maklum perkara (cadangan) itu, saya catit dalam nota dan akan bawa isu ini ke mesyuarat Kabinet esok,” katanya.

Sementara itu, Loke ketika mengulas seruan Anwar bagi pembangunan baharu berdekatan kemudahan pengangkutan awam, berkata langkah baharu yang sedang dibincangkan kerajaan itu akan melibatkan perubahan konsep dalam pembangunan dan perancangan bandar.

Beliau berkata pembangunan perumahan dengan akses kemudahan pengangkutan awam memerlukan perubahan besar dari segi dasar dan paradigma dengan objektif untuk menggalakkan mobiliti serta pemilikan rumah rakyat yang strategik.

Menurut Loke, jika perumahan dapat dibangunkan berhampiran stesen pengangkutan awam, kebergantungan kepada kenderaan bersendirian boleh dikurangkan.

“Salah satu perkara yang sedang kita bincangkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ialah penyediaan garis panduan untuk projek-projek perumahan seperti apartmen yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam.

“Ini termasuk pengurangan keperluan tempat letak kereta kerana mempunyai akses kepada pengangkutan awam,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AI turut digunakan dalam pelaksanaan MLFF – Nanta 

Teknologi kecerdasan buatan (AI) akan turut digunakan dalam pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) apabila sistem itu dilaksanakan sepenuhnya kelak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Malaysia targets 20,000 refugee registrations under DPP programme in 2027

Malaysia aims to register 20,000 refugees under its Refugee Registration Document (DPP) programme next year as the government seeks to address gaps in the identities, whereabouts and security records of some 225,000 refugees recorded by the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

Retrenched workers may claim EIS benefits for six months amid minimum wage hike –...

Workers who lose their jobs as companies restructure to cope with Malaysia’s new RM2,000 minimum wage will be able to claim unemployment benefits for up to six months, provided they are covered under the Employment Insurance System (EIS).

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

Most Viewed

spot_img