the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA Sarawak rampas barangan seludup RM1.6 juta, 9 individu ditahan

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.6 juta dalam siri operasi Op Taring di beberapa daerah di negeri ini.

Operasi itu melibatkan kerjasama unit risikan dan infantri Batalion 10 dan 11 PGA, dengan sembilan individu berusia 24 hingga 62 tahun ditahan, termasuk seorang warga Indonesia.

Menurut Komander Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang, serbuan pertama dilakukan pada 7 Julai di Bau, di mana seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kerana membawa 350 kotak makanan sejuk beku tanpa permit menggunakan sebuah lori.

Nilai rampasan dianggarkan RM209,600.

Pada 8 Julai di Sibu, dua lelaki ditahan selepas pemeriksaan sebuah premis dan kenderaan pacuan empat roda.

Rampasan termasuk 238 kilogram makanan sejuk beku, sebuah forklift dan sebuah kenderaan bernilai RM479,099.

Di Lundu pada 9 Julai, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan kerana membawa 230 liter diesel dan 10 tong jerigen menggunakan kenderaan 4WD.

Nilai rampasan mencecah RM81,155.50.

Operasi di Kota Samarahan pada hari yang sama membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 32 tahun.

Mereka didapati menyimpan 18,000 liter diesel, 17 tangki IBC dan sebuah lori tangki dengan anggaran rampasan RM218,840.

Pada 10 Julai, serbuan di sebuah premis di Kuching menemukan 4,500 liter diesel, 13 tangki IBC dan peralatan lain bernilai RM381,060.

Dua lelaki tempatan turut ditahan.

Serbuan terakhir di Bau pada 11 Julai menyaksikan penahanan seorang lelaki berusia 62 tahun kerana membawa 4,032 kotak ubat dan herba tanpa kelulusan KKM.

Nilai rampasan dianggarkan RM305,161. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

SOZO and KADOKAWA Announce Major Strengthening of Strategic Alliance to Expand Japanese Pop Culture Experiences in Asia

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - SOZO Pte Ltd has announced a major milestone in its strategic alliance with KADOKAWA Corporation (KADOKAWA), as a consolidated subsidiary of KADOKAWA's global group network.

German adventurer selects Taipei as her 80th destination, praising safety and cultural depth

German explorer Jana Alessa Bittner chose Taipei as her 80th destination while visiting all 197 countries, praising its safety, cultural richness, and immersive experiences in Dadaocheng, including the popular qipao walk.
spot_img

Popular Categories