the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar gesa jangan lindungi atau tutup kes buli di sekolah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah dan ibu bapa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menangani kes buli di institusi pendidikan serta tidak melindungi pelaku atas alasan ingin menjaga imej sekolah.

Beliau berkata sikap sesetengah pentadbir sekolah yang cuba menutup kes buli kerana menganggapnya kecil atau tidak serius hanya akan menyebabkan masalah itu menjadi lebih besar pada masa hadapan.

Anwar menegaskan bahawa kes buli walaupun kecil tetap merupakan satu jenayah yang tidak boleh dianggap sebagai kesalahan ringan.

Beliau turut mengingatkan guru-guru yang mungkin masih berpegang kepada pendekatan pendidikan lama supaya tidak memukul atau menghentak kepala pelajar sehingga menyebabkan luka.

Namun bagi guru untuk menegur, memberi nasihat atau mengambil tindakan ringan sedikit, itu boleh diterima menurut Perdana Menteri.

Anwar juga berkata golongan hak asasi atau liberal berpandangan keterlaluan apabila tidak membenarkan sebarang tindakan diambil oleh para guru.

Beliau menekankan bahawa apabila timbul masalah disiplin, kelonggaran itu diperlukan tetapi mestilah dengan syarat-syarat yang ketat.

Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri.

Ketibaan beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping warna biru muda serta bersongkok disambut mesra oleh pengurusan masjid, para jemaah serta pelajar sekolah.

Solat Jumaat itu dipimpin oleh imam Ustaz Ahmad Jalaluddin Al-Islami Mohshin dan Anwar turut mendengar khutbah bertajuk “Masjid Nadi Penyatuan Ummah”. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gem Sri Lanka 2026 concludes successfully: platinum sponsor GUILD propels industry growth

From January 7 to 9, Gem Sri Lanka 2026 was successfully held at the Shangri-La Hotel in the heart of Colombo, the capital of Sri Lanka. Her Excellency Dr. Harini Amarasuriya, Prime Minister of Sri Lanka, attended the official opening ceremony as the distinguished guest.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories