the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar kecam kegagalan dunia bantu Gaza di Paris

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan situasi di Gaza sebagai “kegagalan cetusan hati nurani, empati, kepimpinan dan keupayaan membezakan penderitaan daripada strategi.”

Beliau berkata kemusnahan sekolah, keruntuhan hospital dan lenyapnya seluruh keluarga mencerminkan kegagalan mendalam untuk mengiktiraf nilai perkongsian kemanusiaan.

“Apabila kita gagal mengiktiraf kemanusiaan pada orang lain, kita berisiko kehilangan kemanusiaan dalam diri kita sendiri.

“Statistik bukan sekadar angka kerana setiap satu mewakili kisah manusia, tentang ibu, anak, bapa, dan pengalaman mereka seharusnya membangkitkan bukan sahaja simpati tetapi menyeru supaya setiap seorang daripada kita supaya bertindak,” kata Anwar dalam syarahan beliau di Universiti Sorbonne, Paris pada Jumaat.

Anwar berkata masyarakat antarabangsa sering bercakap tentang hak asasi manusia, demokrasi dan keperluan melindungi kesucian nyawa, namun komuniti global kelihatan tidak berdaya untuk menghentikan genosid yang berlarutan ini.

Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Anwar berkata keputusan itu dilayan dengan “penuh penghinaan dan rasa kebal daripada hukuman” oleh mereka yang melakukan jenayah terbabit.

Beliau berkata:”Tiada cara lain: adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin dunia untuk bersuara dengan moral yang lebih tegas dan jelas mengenai isu ini dan bertindak dengan azam yang lebih kukuh untuk menamatkan kacau-bilau dan pembunuhan ini.

Ya, kita melihat sinar harapan daripada usaha dan tindakan pelajar serta ahli akademik di kolej dan universiti serta pertubuhan masyarakat madani di seluruh dunia. Dalam kecaman mereka terhadap genosid ini dan seruan mereka untuk menamatkan keganasan kejam ini, kita menemukan harapan dan kelegaan, tetapi kita memerlukan lebih daripada itu.”

“Sehubungan itu, kita perlu terus menyeru kepada solidariti global, sokongan dan usaha tanpa henti untuk menegakkan keadilan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings