Wednesday, November 5, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis serbu perjumpaan gay di Kelantan berasaskan risikan

The Sun Berita

KOTA BHARU: Polis menegaskan serbuan ke atas perjumpaan tertutup komuniti gay di sebuah inap desa di Kemumin, Kelantan, dilakukan berdasarkan maklumat risikan dan bukti kukuh tanpa niat diskriminasi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata operasi itu bertujuan menjaga ketenteraman awam dan nilai moral masyarakat.

“Risikan mendapati jemputan ke program ‘Majlis Malam Mesra Komuniti & Santai-Santai’ diedar melalui WhatsApp kepada kumpulan tertentu tanpa penglibatan NGO atau Kementerian Kesihatan,“ katanya.

Serbuan dilakukan sekitar jam 1 pagi selepas pemantauan bermula 5 petang. Kira-kira 100 orang hadir, dengan 20 lelaki mengaku sebagai komuniti gay. Seorang peserta dari Perak dan seorang pelajar IPT dari Besut, Terengganu, manakala selebihnya warga Kelantan.

Pemeriksaan telefon bimbit menemui tiga individu memiliki video lucah hubungan sejenis. “Mereka didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 20 Julai, didenda RM3,000 hingga RM4,000,“ jelas Mohd Yusoff.

Selain itu, kondom dan ubat HIV ditemui di premis berkenaan. Polis menasihati orang ramai agar tidak menyebar maklumat tidak sahih dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Kerajaan Kelantan turut mengingatkan penganjur program memaklumkan pihak berkuasa tempatan lebih awal bagi elak kekeliruan. Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menekankan kepentingan pematuhan prosedur sedia ada. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Young Malaysian earns International ‘Fide Master’ Title at just 16 years old

laysia's young chess prodigy Genivan Genkeswaran, 16, achieved victory at the 19th Asian Schools Chess Championships 2025, held in Ulaanbaatar, Mongolia from Oct 24 to Nov 2, 2025. Representing Malaysia in the Under-17 Open category, Genivan clinched 1st place, outperforming participants from 16 countries including Australia, China, Russia, India, Indonesia, Korea, Singapore, and Vietnam.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img