Tuesday, November 11, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 10 keldai akaun di Meradong kerana penipuan dalam talian

MERADONG: Polis menahan 10 keldai akaun di daerah Meradong dari awal tahun ini hingga Khamis lepas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penipuan dalam talian melibatkan transaksi kewangan ke dalam akaun bank mereka.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

Beliau berkata kesemua mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 424C(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun, serta denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM150,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kesemua keldai akaun ini merupakan orang tempatan, bukan setakat penduduk di rumah panjang dan kampung, tetapi juga ada yang tinggal di pekan Bintangor. Kebanyakan mereka menyewakan akaun dengan kadar RM500,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong mengadakan program ceramah pencegahan jenayah komersial di bawah projek RMK12 Majlis Daerah Meradong dan Julau di Rumah Edmund Labang, Sungai Tulai, Bintangor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, pegawai daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang dan lebih 80 penduduk tempatan, serta penerangan khususnya mengenai penipuan dalam talian disampaikan oleh Sarjan Zaini Abdullah dan Lans Koperal Muhammad Akmal Jamaludin.

Objektif utama program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan kepada orang awam tentang bahaya jenayah komersial serta tanggungjawab bersama dalam mencegah penipuan- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Superstar G-Dragon Elevates Hanoi’s Ocean City as a New Global Music Destination

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 11 November 2025 - On the nights of November 8 and 9, Ocean City was almost bursting with energy as the G-DRAGON 2025 WORLD TOUR [Übermensch] IN HANOI, presented by VPBank and organized by 8Wonder, welcomed nearly 100,000 domestic and international fans.

8 in 10 people in Singapore delayed medical care to prioritise work and avoid burdening family

According to a new Economist Impact study commissioned by Prudential, 8 in 10 Singaporeans delayed medical care in the past year, often to prioritise work or avoid burdening family. The report, Patient Voices Singapore: Towards More Informed and Seamless Care, identifies cost concerns and uncertainty about where to seek help as key barriers. Experts say greater transparency, guidance, and education on healthcare costs are crucial to help Singaporeans make confident, timely health decisions.
spot_img

Popular Categories