the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua

JEMPOL: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul kakak iparnya di Felda Palong 11, Gemas di sini pada 30 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 6 petang semasa mangsa yang berusia 26 tahun berada di rumah mentuanya.

“Suspek yang bekerja sebagai penoreh getah dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

“Mangsa sudah berada di rumah mentuanya itu sejak sebulan lepas dan mendakwa sebelum ini, suspek tidak pernah mengganggunya. Ini merupakan kali pertama,“ menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata semasa kejadian, hanya mangsa yang juga ibu kepada tiga anak dan adik iparnya berada di rumah itu.

Hoo berkata suspek yang ditahan pada 12.45 tengah hari di depan sebuah rumah di Bahau didapati memiliki rekod jenayah membabitkan dadah dan ujian air kencing lelaki berusia 24 tahun itu positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings