the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki, rampas syabu dan heroin bernilai RM204,000

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki disyaki ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu serta heroin bernilai RM204,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata penganggur berusia 39 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya pada 4.15 pagi selepas polis bertindak atas hasil maklumat dan risikan.

“Hasil pemeriksaan terhadap motosikal dipercayai milik lelaki itu menemukan satu beg plastik berisi lima bungkusan mengandungi syabu dianggar seberat 6.1 kilogram dan sebungkus heroin seberat 900 gram,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mempercayai sindiket itu aktif dengan kegiatan itu sejak September tahun lepas dengan menjadikan kawasan sekitar Pulau Pinang sebagai pasaran utama.

Sindiket itu, katanya dipercayai memperoleh bekalan syabu dan heroin daripada rangkaian pengedaran dadah sebelum membungkusnya semula.

Hamzah berkata dadah dirampas boleh digunakan 35,000 penagih atau 35,000 kali penggunaan.

“Saringan air kencing mendapati lelaki itu positif terhadap dadah jenis amphetamine, methamphetamine, dan tetrahydrocannabinol (THC). Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,“ katanya.

Beliau berkata lelaki itu direman hingga 9 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

Most Viewed

spot_img