the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polisi pendigitalan data dijangka siap bulan depan – Gobind

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara (JDN) akan mengeluarkan Polisi Pendigitalan Data bulan depan, dalam usaha menyokong penguatkuasaan Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864).

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata polisi itu, menekankan kepentingan pelaksanaan pendigitalan data dalam penyampaian perkhidmatan yang merangkumi aspek tadbir urus kualiti data, etika keselamatan data, penggunaan teknologi penyimpanan dan penggunaan data, serta pembudayaan digital dalam urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan.

“Ini penting kerana untuk kita berjaya dalam bidang AI (kecerdasan buatan) dan sebagainya, data yang kita ada kena dipastikan ia data digital kerana daripada dahulu, kita ada banyak data yang masih berbentuk analog, dalam bentuk gambar, audio atau campuran.

“Jadi saya sudah memberikan tempoh tiga bulan kepada JDN (untuk memperincikan dasar terbabit) dan saya harap kalau bukan dalam bulan ini, dalam bulan Julai, kemudian saya akan bentangkan cadangan berkenaan kepada Kabinet,” katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Perkongsian Data Negara Bil 1/2025, di sini hari ini.

Gobind berkata Polisi Pendigitalan Data bukan sahaja dilaksanakan pada peringkat agensi Persekutuan tetapi dipanjangkan pelaksanaannya kepada negeri dan pihak berkuasa tempatan, bagi menjamin kualiti dalam perkongsian data ke arah penggubalan dasar yang tepat oleh kerajaan dan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

“Dengan pendigitalan data sepenuhnya oleh kerajaan, perkongsian dan analisis data dengan penggunaan teknologi AI menjadi penting dalam membangun perkhidmatan digital oleh pelbagai sektor, sekali gus boleh menghasilkan penyelesaian yang inovatif dan realistik merentas sektor,” katanya.

Gobind berkata Akta Perkongsian Data, yang berkuat kuasa secara rasmi pada 28 April lepas, menyediakan kerangka undang-undang yang berstruktur bagi perkongsian data yang selamat dan efisien antara kementerian serta agensi kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata Akta Perkongsian Data dijangka dapat mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam, dengan membolehkan jabatan kerajaan mengakses data secara masa nyata sekali gus mempercepat proses membuat keputusan dan menyelaras perkhidmatan awam dengan lebih berkesan, tanpa mengkompromi perlindungan ke atas data kerajaan dan privasi individu.

Gobind berkata dengan berkuat kuasanya Akta Perkongsian Data 2025, ia akan mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih berhubung dan berpaksikan data, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat, melindungi kebajikan mereka serta merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Perkongsian data antara agensi dapat mengelak pertindihan usaha pengumpulan data yang membawa kepada penjimatan kos dan peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, seterusnya meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

“Data yang dikongsi membolehkan perancangan dan pelaksanaan dasar dibuat berdasarkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya.

Gobind dalam pada itu berkata, beliau berharap kerajaan negeri dapat menggubal undang-undang berkaitan perkongsian data, bagi membolehkan proses perkongsian data berlaku di peringkat negeri dan kerajaan tempatan.

Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak memberi reaksi positif berkenaan cadangan penggubalan akta berkaitan.

“Saya akan ke setiap negeri untuk mengadakan perbincangan dengan ketua menteri atau menteri besar, dan kita lihat apakah hasilnya,” katanya.

Sementara itu, Gobind dalam ucapannya berkata Mesyuarat Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang diadakan pertama kalinya, bertujuan untuk membincang dan menetapkan dasar dan strategi berhubung dengan pelaksanaan perkongsian data.

“Tidak dinafikan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan perkongsian data antara agensi sektor awam khususnya, mahupun dengan pihak negeri dan pihak berkuasa tempatan dari aspek perundangan dan juga teknikal, diharap dengan adanya Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang penubuhannya diperuntukkan di bawah Akta Perkongsian Data 2025, pastinya akan memudah cara perkongsian data antara agensi sektor awam secara selamat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The MIHAS Awards 2026 honours halal excellence, innovation and sustainability

The Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) has opened applications for the MIHAS Awards 2026, inviting eligible exhibitors to compete for recognition in halal excellence, innovation, sustainability and digitalisation. Entries close on 10 August 2026, with winners to be announced during the MIHAS Awards Ceremony on 26 September 2026.

Arrow Electronics signs MoUs to help advance technology innovation in Thailand’s electronics industry

Arrow Electronics has signed memoranda of understanding with the Thai IoT Association (TIoTA) and the Thai Embedded Systems Association (TESA) to strengthen Thailand's electronics ecosystem. The partnerships will support technology adoption, engineering capability development and innovation through technical seminars, workshops and industry collaboration.

MSIG Hong Kong’s 2025 Claims Report Reveals Growth in Claims Settlement Ratio for Fifth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - MSIG Insurance (Hong Kong) Limited ("MSIG") today published its 2025 Claims Report, highlighting a fifth consecutive annual rise in its claims settlement ratio since 2020, strong performance across key classes, and new customer-focused travel innovations.

Nota Sign Integrates with Hong Kong’s iAM Smart, Enabling One-Stop Account Opening, Employee Onboarding...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Nota Sign, the global e-signature platform of Fadada (Shenzhen Fadada Internet Technology Company Limited), has officially integrated with iAM Smart, Hong Kong's official digital identity platform.

Swiss-Belhotel International Expands Bali Portfolio with the Soft Opening of The 5-Star Ashva Swiss-Belresort...

JAKARTA, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Swiss-Belhotel International continues to reinforce its strategic growth within Indonesia's premium hospitality market with the soft opening of the 5-star Ashva Swiss-Belresort Ubud Bali.

Jewel Cafe Expands in Singapore with New Dunearn Village Location Amid Gold Price Surge

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - As gold prices continue to hold near historic highs, a growing number of consumers in Singapore are taking a fresh look at the value of jewelry, branded goods, and precious metals they have held for years.

HiDream.ai Raises RMB 1.5 Billion Series C to Advance Native Omni-modal World Models

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 27 July 2026 - HiDream.ai, a global large-model AI technology company, has announced the completion of a RMB 1.5 billion Series C financing round.

Most Viewed

spot_img