the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Program TVET Prasarana sasar latih 1,000 individu

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan melatih 1,000 individu menerusi Program TVET Prasarana sebagai usaha menyokong Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2030.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah berkata program itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun dengan penglibatan 200 pelatih setahun.

Tempoh latihan ialah 12 bulan dengan bidang ditawarkan pengoperasian bas elektrik, penyelenggaraan tren (Rolling Stock) dan keselamatan siber, selain semua pelatih layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“Kesemua program ini dijadual bermula pada suku keempat tahun ini dan menyasarkan melatih individu terdiri daripada lepasan sekolah, pelajar institusi vokasional, pemegang diploma dan graduan universiti.

“Usaha ini selari dengan keperluan industri serta menyokong Dasar TVET Negara 2030 untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi,” katanya pada Program Prasarana Memperkukuh Usaha Membangun Tenaga Kerja Masa Depan Selaras Agenda TVET Negara di sini hari ini.

Mohd Azharuddin berkata secara dasarnya, Prasarana selaku syarikat besar mengendalikan 1.3 juta pekerja ingin terus menyumbang dalam melahirkan bakat baharu yang mempunyai pendedahan awal tentang operasi syarikat.

Selain itu, Prasarana turut memeterai kerjasama strategik bersama Hitachi Rail, bagi memperkukuh dan memperluas pelaksanaan program TVET di Malaysia.

Kerjasama strategik itu sebagai sokongan kepada fokus bersama dalam pembangunan modal insan merangkumi pelaksanaan program Protege Hitachi melibatkan 29 peserta, yang berpeluang menyertai sesi bersama kepimpinan kanan serta lawatan pembelajaran ke pusat kawalan operasi rel dan depoh penyelenggaraan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hitachi Rail bagi perniagaan Urban Rail Signalling Ziad Rizk berkata program protege itu membolehkan mereka membantu melahirkan tenaga berkemahiran tinggi dalam kalangan generasi muda tempatan.

“Hitachi Rail berbangga mengukuhkan komitmen terhadap pembangunan kemahiran dan inovasi strategik. Kerjasama bersama Prasarana selama 30 tahun dan pelaksanaan teknologi SelTrac penting dalam menambah baik operasi rel dan kami amat teruja untuk terus memajukan industri rel di Malaysia,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories