the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program Usahawan Wira LTAT tingkat sosioekonomi veteran ATM

BUTTERWORTH: Inisiatif Kementerian Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memperkenalkan Program Usahawan Wira LTAT terbukti berkesan memperkasakan dan meningkatkan taraf sosioekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam bidang keusahawanan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata program diperkenalkan tahun lepas berjaya melahirkan 29 usahawan veteran ATM bagi fasa pertama dengan peningkatan purata pendapatan 216% selain menunjukkan kemajuan ketara dalam aspek kewangan, kemahiran perniagaan dan daya saing pasaran.

Pencapaian itu membuktikan potensi besar dimiliki veteran ATM dalam dunia keusahawanan apabila diberikan peluang dan bimbingan yang tepat, mengambil kira lebih 60% golongan itu menyertai bidang tersebut selepas tamat perkhidmatan.

Melalui LTAT, kita menyediakan peluang untuk mereka meningkatkan pengetahuan, terutamanya tentang pengurusan kewangan, dunia perniagaan dan pelbagai aspek berkaitan keusahawanan dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan seterusnya mencapai kelestarian kewangan jangka panjang.

Susulan kejayaan fasa pertama, kita akan meneruskan fasa kedua tahun ini melibatkan 35 usahawan veteran ATM baharu dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi dan Peluncuran Program Pemerkasaan Usahawan Wira Lembaga Tabung LTAT 2.0 bersempena Program Jelajah Wira LTAT 2025 di Pangkalan Udara Butterworth di sini hari ini.

Fasa baharu itu menggabungkan bimbingan digital dan fizikal selama enam bulan dengan tumpuan kepada literasi kewangan, inovasi dan akses pasaran bagi memperkukuh perusahaan veteran khususnya di wilayah utara melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Beliau berkata ia selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan GEAR-UP “Raise the Floor” yang menekankan pemerkasaan ekonomi rakyat secara inklusif.

Adly berkata semua usahawan terbabit menceburi pelbagai cabang perniagaan antaranya makanan dan minuman, peruncitan dan pembuatan.

Ketua Eksekutif LTAT Mohamad Ashraf Md Radzi berkata inisiatif Usahawan Wira merupakan manifestasi komitmen LTAT di bawah kerangka Ekonomi MADANI antaranya untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi seimbang melalui keusahawanan.

Kejayaan program ini membuktikan bahawa pemerkasaan ekonomi dan kemajuan sosial boleh bergerak seiring dalam satu ekosistem yang bersepadu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories