the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SEANWFZ tumpu rundingan kuasa nuklear di AMM ke-58

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) akan berlangsung hari ini, bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan.

Mesyuarat dijangka meneliti semula usaha jangka panjang ASEAN untuk mengekalkan rantau ini sebagai zon bebas senjata nuklear, seperti digariskan dalam Perjanjian SEANWFZ 1995.

Walaupun kesemua 10 negara anggota ASEAN telah meratifikasi perjanjian tersebut, usaha untuk mendapatkan tandatangan lima negara kuasa nuklear yang diiktiraf iaitu China, Perancis, Rusia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), terhadap protokol perjanjian itu, masih diteruskan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini berkata China dan Rusia telah bersetuju untuk menandatangani protokol tersebut, manakala AS masih menelitinya.

Selain itu turut diadakan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) ASEAN dan Jawatankuasa Penggubalan SOM ASEAN, yang akan menyediakan asas perbincangan pada peringkat menteri, termasuk mengadakan perundingan dan memuktamadkan Kenyataan Bersama yang akan menjadi dokumen hasil utama bagi AMM ke-58.

Kenyataan itu dijangka menggariskan pendirian bersama ASEAN mengenai integrasi serantau, pembangunan komuniti dan pelbagai isu serantau dan global.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan,” akan merangkumi 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk sesi libat urus bersama rakan dialog ASEAN dan rakan dialog sektoral.

Mesyuarat yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari Selasa hingga Jumaat, menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan terdiri daripada menteri luar ASEAN, Timor-Leste, rakan dialog ASEAN, negara yang menyertai Forum Serantau ASEAN (ARF), rakan dialog sektoral dan pegawai kanan Sekretariat ASEAN.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img