the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Siasatan seleweng dana pembinaan lebuh raya: SPRM guna khidmat Pasukan Taktikal ACTS

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan khidmat pasukan taktikal ketika proses merakamkan keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bersambung hari ini di kediaman individu berkenaan di sini.

Menurut sumber, khidmat Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) bersama dua pegawai penyiasat digunakan bagi proses penggeledahan beberapa bilik rahsia disyaki menjadi tempat simpanan aset atau barangan berharga dipercayai hasil daripada penyelewengan itu termasuk senjata.

Terdahulu, sebuah kenderaan membawa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Tan Sri berkenaan pada 8.45 pagi tadi bagi meneruskan proses rakaman keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada sidang media selepas majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang‑Undang Bertauliah SPRM kali kedua di Bangi hari ini berkata siasatan kes itu sedang giat dijalankan dan melibatkan 53 saksi setakat ini.

SPRM sebelum itu dilaporkan menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories