SSM gesa rakyat berhati-hati terhadap perkhidmatan tidak berdaftar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima aduan rasmi daripada orang awam berhubung wujudnya freelance agents, freelance models dan makeup artist yang menawarkan perkhidmatan bagi tujuan perniagaan melalui laman facebook peribadi atau laman facebook berkumpulan dengan tidak berdaftar.

Hasil semakan dan pemantauan mengesahkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan tidak didaftarkan dan ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(a), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 iaitu gagal mendaftarkan perniagaan di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SSM menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang tidak berdaftar dengan SSM bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan layari laman sesawang rasmi SSM, www.ssm.com.my. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image