the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suami isteri ditahan bantu siasatan kes rotan anak sampai cedera

GEORGE TOWN: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes anak perempuan mereka yang dirotan sehingga luka dan lebam dalam kejadian dipercayai di sebuah rumah di Sungai Ara, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata laporan insiden itu dibuat guru besar sekolah murid tahun enam itu pada Selasa sebelum menahan pasangan berkenaan yang berusia 47 dan 49 tahun.

“Kejadian berkenaan terbongkar selepas seorang guru kaunseling mendapati murid itu dalam keadaan sakit ketika di sekolah sebelum memeriksanya dan mendapati terdapat kesan kecederaan di belakang badan mangsa.

“Ekoran itu, guru berkenaan memaklumkan kepada guru besar sekolah yang kemudiannya membuat laporan polis manakala murid itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,“ katanya kepada Bernama malam ini.

Sazalee berkata rotan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Pasangan suami isteri yang bekerja sebagai pengurus dan jurutera di dua buah kilang dekat sini kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories