Your Title

AFPAFP

ADDIS ABABA: Jumlah kematian akibat tanah runtuh pada Isnin di selatan Ethiopia telah meningkat kepada 229, kata kerajaan tempatan pada Selasa.

Kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa itu berlaku pada pagi Isnin kira-kira 10.00 pagi waktu tempatan (0700 GMT) di Daerah Geze Gofa di selatan Ethiopia.

Mangsa yang terkorban termasuk 148 lelaki dan 81 wanita, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Komunikasi Kerajaan Zon Gofa.

Sebagai sebahagian daripada usaha menyelamat, Persatuan Palang Merah Ethiopia dan profesional dari wilayah dan zon berdekatan kini berada di lokasi untuk membantu mangsa.

Kejadian tanah runtuh berlaku ketika Ethiopia kini mengalami musim monsun, yang bermula pada Julai dan dijangka berlangsung sehingga pertengahan September. Hujan bermusim kadangkala menyebabkan tanah runtuh yang membawa maut di beberapa bahagian negara Afrika Timur itu.