Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tarif Baharu AS ke atas Malaysia diumum esok – PM Anwar

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk mengumumkan kadar tarif baharu ke atas Malaysia esok.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu diputuskan menerusi panggilan telefon daripada Trump pada 6.50 pagi tadi.

“Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas serta pelbagai siri rundingan yang digerakkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama pihak Wakil Perdagangan dan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS).

“Kita berdoa ia (keputusan) tidak akan membebankan ekonomi negara kita,” kata beliau dalam ucapan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

AS akan mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas semua produk dari Malaysia bermula 1 Ogos 2025.

Anwar berkata Trump turut menyatakan penghargaan kepada Malaysia kerana telah memainkan peranan yang berkesan dan sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.

“Walaupun dalam respons saya menyatakan ini kerana kesepakatan ASEAN dan sikap positif kedua-dua negara serta kerjasama yang ditunjukkan AS terutamanya Trump dan Xi Jinping (Presiden China),” kata beliau.

Beliau berkata Presiden AS itu turut mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia kini menunggu maklum balas rasmi daripada Trump esok.

“Selepas itu, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR) dan MITI bagi memperincikan butiran lanjut yang telah dipersetujui,” katanya dalam catatan di laman X hari ini.

Tengku Zafrul berkata Wakil Perdagangan AS, Duta Jamieson Greer juga telah menghubungi beliau sejurus selepas Greer memberikan taklimat kepada Trump mengenai isu itu – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img