the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tentera Darat Malaysia sedia sertai misi pengaman ke Gaza jika diminta

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia bersedia untuk menyertai sebarang misi pengaman termasuk kemungkinan penugasan ke Gaza, Palestin sekiranya diminta berbuat demikian.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bagaimanapun berkata sebarang penglibatan akan bergantung kepada keputusan kerajaan selain penilaian mengenai keberkesanan serta tahap keselamatan misi berkenaan.

Beliau berkata penilaian itu akan dibuat oleh kerajaan termasuk Kementerian Luar dan Markas Angkatan Bersama.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata Malaysia mempunyai banyak rekod dalam operasi pengaman antarabangsa dan TDM bersiap-sedia untuk menyumbang.

“Kami telah terlibat dalam operasi pengaman sejak 1960, bermula di Congo dan seterusnya di Somalia, Bosnia serta Kemboja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik (IPACC) ke-14, Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik (IPAMS) ke-49 dan Forum Pemimpin Kanan Tentera Darat (SELF) 2025 ke-11. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories