the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada sekatan rasmi terhadap Fahmi Reza: KPN

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Walaubagaimanapun beliau berkata nama Fahmi Reza telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), berikutan siasatan kes melibatkan beliau yang masih dijalankan.

“Namun harus ditegaskan bahawa senarai ini tidak membawa maksud sekatan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada prosedur pemantauan yang lazim dilaksanakan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu Razarudin berkata terdapat kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara semalam, yang telah menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat dan situasi berkenaan sedang diteliti serta langkah sewajarnya akan diambil, bagi memperkemas prosedur sedia ada.

“PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak kepada setiap rakyat Malaysia dan individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa, tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.

Media semalam melaporkan Fahmi Reza mendakwa dihalang untuk ke luar negara selepas disenarai hitam daripada memasuki Sabah baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Fahmi Reza berkata beliau hanya mengetahui perkara berkenaan selepas dimaklumkan pegawai imigresen ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Singapura.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Most Viewed

spot_img