the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga ditahan halang tugas, ugut anggota penguat kuasa JPJ

KAJANG: Dua pemandu dan seorang pemilik syarikat lori ditahan kerana melakukan intimidasi, menghalang serta membuat ugutan terhadap beberapa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan tugas di Persiaran Perdana, Putrajaya, 12 April lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Muhammad Kifli Ma Hasan berkata kejadian berlaku ketika anggota terlibat menahan dua lori dipercayai membawa lebih muatan yang dalam perjalanan dari arah Dengkil menuju Kajang.

“Semasa dalam cubaan untuk menahan kedua-dua lori itu, kedua-dua pemandu lori telah melakukan intimidasi terhadap anggota JPJ yang bertugas dengan secara tiba-tiba membuang muatan pasir ke jalan raya, namun mujur tiada kemalangan yang berlaku.

“Malah, dua pemandu lori itu turut merosakkan tayar dan alat Sistem Kedudukan Global (GPS) sehingga enjin kenderaan berkenaan tidak dapat dihidupkan dan mereka kemudian turut menghubungi pemilik syarikat lori berkenaan bagi memaklumkan tentang kejadian itu,” katanya dalam sidang media di sini.

Tidak lama selepas itu katanya pemilik syarikat tiba di lokasi kejadian bersama tonto dan mula bertindak menghalang tugas JPJ selain mengugut seorang mekanik tayar yang dipanggil JPJ untuk membaiki lori terbabit.

Beliau berkata anggota JPJ terpaksa berkawal dan bermalam selama tiga hari di lokasi kejadian kerana dihalang tonto dan pemilik syarikat sebelum kedua-dua lori itu berjaya di bawa ke Stesen Penguatkuasa Semenyih.

Muhammad Kifli berkata pihaknya telah meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ketiga-tiga lelaki terlibat yang berusia lingkungan 40-an berjaya ditahan di bawah Seksyen 234C Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta APAD 2010).

Beliau berkata kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan dan arahan lanjut oleh Timbalan Pendakwa Raya.

“Mengikut seksyen berkenaan, jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Selain itu, tindakan turut boleh diambil di bawah Seksyen 57(3) Akta APAD 2010, yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories