the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga kedai roti kembali beroperasi di Gaza dengan bantuan PBB

TEL AVIV: Tiga kedai roti di Bandar Gaza kembali beroperasi pada Ahad dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan saksi, ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa roti akan dijual di kedai roti itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Serangan udara Israel telah memusnahkan banyak kedai roti di bandar itu dan menurut sumber Palestin, WFP kini telah membekalkan gas dan membaiki mesin membuat roti untuk membolehkan pembakaran roti disambung semula.

Pegawai Palestin berkata terdapat kira-kira 140 kedai roti di Semenanjung Gaza yang membekalkan majoriti penduduk dengan roti.

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk membenarkan lebih banyak bekalan bantuan kemanusiaan masuk ke semenanjung yang disekat itu. Pertubuhan bantuan menggambarkan situasi itu sebagai kritikal dan mengatakan lebih daripada sejuta orang berisiko mengalami kebuluran.

Lebih 33,000 orang terbunuh di Gaza sejak meletusnya perang pada 7 Okt lepas, menurut pegawai kesihatan di wilayah pimpinan Hamas.

Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) percaya bahawa kebuluran sudah berlaku di bahagian Semenanjung Gaza.

Klasifikasi rasmi sebagai kebuluran bermakna sekurang-kurangnya 20 peratus penduduk terjejas oleh kekurangan makanan yang melampau. Di samping itu, sekurang-kurangnya satu daripada tiga kanak-kanak mengalami malnutrisi akut. – Bernama, dpa

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings