the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga selamat, seorang lemas bot nelayan karam di Sekinchan

SHAH ALAM: Tiga nelayan warga asing selamat manakala seorang lagi lemas apabila sebuah bot kelas C dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Pantai Redang, Sekinchan, Jumaat lepas.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian kira-kira 4 petang semalam oleh Balai Polis Sekinchan dan telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, tiga daripadanya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan berhampiran manakala seorang lagi mangsa telah hilang.

“Lebih kurang 6.15 petang semalam, Balai Polis Sabak Bernam memaklumkan mayat mangsa ditemukan tersangkut pada jaring pukat bot nelayan tempatan di Bagan, Sekinchan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Usaha mencari mangsa melibatkan kira-kira 30 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan dengan kawasan pencarian seluas lima batu nautika persegi iaitu sekitar Perairan Pantai Sekinchan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata operasi ditamatkan pada 9 malam tadi manakala komuniti maritim diingatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan di laut dan sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings