KUALA LUMPUR: Pelaksanaan hari keenam Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan mencapai RM107.1 juta.
Sebanyak 1.7 juta penerima telah menggunakan kredit SARA mereka setakat 9.30 malam semalam menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
Kadar transaksi sistem kekal stabil pada 99 peratus menunjukkan kejayaan penambahbaikan kapasiti pemprosesan.
Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti sistem selama lima hari lepas menyumbang kepada pencapaian kestabilan ini.
Secara keseluruhan, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA sejak 31 Ogos lepas.
Jumlah perbelanjaan rakyat selama enam hari pelaksanaan program telah mencecah RM536.9 juta di seluruh negara.
Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos memberi manfaat kepada 22 juta rakyat.
Program ini melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2 bilion untuk membantu rakyat Malaysia.
SARA diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori pendapatan.
Penerima boleh menebus bantuan ini secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad mereka. – Bernama