Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tujuh warga asing didakwa culik ahli perniagaan di Kuala Lumpur

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki warga asing dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh berusia 47 tahun untuk tujuan pemerasan wang tebusan bulan lalu.

Kumpulan tertuduh terdiri daripada dua warga Bangladesh iaitu Sohel Rana, 40, dan Sahajahan, 37, serta lima warga Myanmar iaitu Abdul Majid Abdul Malik, 25, Soforodin Fozol Korim, 25, Mokhtar Huson Zaher Huson, 26, Mohammad Ismail Azita Rahman, 23, dan Mohammad Arafat Hussein Jamal Mustafa, 24.

“Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi,“ menurut sumber mahkamah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di hadapan sebuah masjid di Sentul pada 11.30 malam 26 Jun lepas di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman minimum bagi kesalahan ini ialah penjara 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah.

Majistret Noorelynna Hanim menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani mengendalikan kes manakala peguam K. Komagan mewakili Sohel Rana. Enam tertuduh lain tidak diwakili peguam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.

Most Viewed

Passengers Advisory: Batik Air Operations Shift to Terminal 4 in Changi Airport, Singapore Starting 11 November 2025

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 7 November 2025- Lion Group, comprising Batik Air Malaysia, Batik Air Indonesia, and Thai Lion Air, will begin operations at Changi Airport Terminal 4 (T4) on 11 November 2025, offering passengers a modern, seamless journey from check-in to boarding, with automated services, exciting terminal attractions, and enhanced connectivity across Southeast Asia.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img